Monday, February 8, 2010

Jawatan Kosong (MDBG)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

1. JURUTERA AWAM (Gred J41)
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (Gred N32)
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (Gred U32)
4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA (Gred J29)
5. PENOLONG JURUAUDIT (Gred W27)
6. PEMBANTU PENGUATKUASA (Gred N22)
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (Gred W17)
8. PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)

Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum: 25 Februari 2010

SYARAT LANTIKAN - KLIK SINI

PANDUAN RESUME - LIHAT DI SINI


Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00 dan bersetem 50 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH,
JALAN HAJI ABDUL WAHAB,
31000 BATU GAJAH

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1.Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
2.Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
3.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
4.Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.

0 comments:

Post a Comment