Monday, February 1, 2010

Jawatan Kosong PERKESO

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

1. Pegawai Tadbir (Gred 23)

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Februari 2010


Kumpulan Perkhidmatan: Eksekutif
Gaji : Lingkungan RM2580.00 - RM6200.00
Taraf Jawatan: Tetap dan Tidak Berpencen
Kekosongan: 4 Kekosongan

Kelayakan dan Syarat Lantikan:
i.Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Aktuari, Insurans, Statistik, Perakaunan Kos atau dalam bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf.
ii.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf
iii.Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang penyelidikan.
iv.Berpengetahuan dalam mengendalikan penyelidikan, penulisan laporan kajian, penggunaan komputer dan perisian penyelidikan seperti Excel, Word, SPSS, Graf dan sebagainya.

Cara Memohon:
Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO seluruh negara ataupun melayari lawam web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah di hantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini berserta salinan slip gaji dan gambar berukuran passport ke alamat seperti berikut:

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
281 JALAN AMPANG
50538 KUALA LUMPUR

0 comments:

Post a Comment