Sunday, February 7, 2010
Jawatan Kosong KarangKraf
Jawatan Kosong Karangkraf Sdn.Bhd
Kami adalah antara penerbit, pencetak dan pengedar majalah dan akhbar yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak hampir 30 tahun lalu. Kami adalah penerbit dan pencetak bagi lebih daripada 30 buah majalah dan akhbar harian. Kami juga merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin pecetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia.
Ekoran daripada perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan maka kami dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kelayakan bagi mengisi kekosongan-kekosongan berikut :
1. WARTAWAN MAJALAH
2. PEMANDU PERIBADI
3. PROGRAMMER
4. KERANI/RECEPTIONIST
5. PENGATURCARA/PEMBINA LAMAN WEB
6. PEREKA LAMAN WEB / WEB CONTENT
7. PEREKA GRAFIK
8. SUB GRAFIK (PENYUNTING + GRAFIK)
9. IT TECHNICAL SUPPORT/ADMINISTRATION
10. EDITOR AGAMA BUKU
11. OPERATOR CTP / PRA CETAK/PREPRESS
12. JURUTERA PENYELENGGARAAN
13. EKSEKUTIF AKAUN
14. PELATIH PENCETAK/PEMBANTU PENGELUARAN
15. PENOLONG OPERATOR-MESIN PERCETAKAN WEB
16. PEMBANTU PEMASARAN
17. PEGAWAI / EKSEKUTIF PEMASARAN & PENGEDARAN
18. EKSEKUTIF JUALAN IKLAN SINAR HARIAN
19. KADET WARTAWAN / WARTAWAN SINAR HARIAN
KLIK SINI UNTUK SYARAT PERMOHONAN
PANDUAN RESUME
Calon yang berminat dikehendaki menghantar permohonan berserta resume lengkap, gaji sekarang dan gaji dipohon, nombor telefon, gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan salinan sijil-sijil akademik ke alamat seperti di bawah:
Anda boleh menghantar resume untuk rujukan kami sekiranyanya jawatan yang dikehendaki tiada di dalam senarai. Resume anda akan hanya dijadikan rujukan untuk tempoh 3 bulan.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
PENGURUS BESAR, JABATAN SUMBER MANUSIA,
KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD (Co No:54179-V)
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
* Sila tulis jawatan yang dipohon di hujung kiri atas sampul surat anda
atau Emel : recruit.hr@karangkraf.com
0 comments:
Post a Comment