Friday, February 5, 2010

Jawatan Kosong ExxonMobil

Jawatan Kosong ExxonMobil

1. JURUTEKNIK PERKAKASAN DAN ELEKTIKAL
2. JURUTEKNIK MEKANIKAL
3. JURUTEKNIK PENGELUARAN

Tarikh tutup: 28 Februari 2010


1. JURUTEKNIK PERKAKASAN DAN ELEKTRIKAL

Tugas;

- Menyelenggara dan menyelesaikan masalah elektrikal (termasuk sistem perjalanan dan pengedaran kuasa), sistem kawalan dan penutupan elektronik dan sistem perkakasan di atas pelantar luar pantai kami.

Kelayakan:

- Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik/Automasi dan Kawalan atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman berkaitan dalam bidang penyelenggaraan.

Pengalaman:

- Berpengalaman dalam bidang kawalan proses, sistem kawalan teragih dan kawalan logik boleh program.
- Berpengalaman dalam kerja-kerja pemasangan elektrikal dan menyelesaikan masalah teknikal serta diiktiraf oleh pihak berkuasa sebagai Juruteknik Bertauliah AO atau setaraf.


2. JURUTEKNIK MEKANIKAL

Tugas:

- Menyelenggara dan menyelesaikan masalah perkakasan mekanikal termasuk turbin utama dan enjin yang berkaitan injap, pam, pemampat, dan enjin gas/diesel di atas pelantar luar pantai kami.

Kelayakan:

- Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam kerja-kerja penyelenggaraan.

Pengalaman:

- Berpengalaman dalam menyelenggara, membaik atau membaik-pulih kompresor angin, pam, enjin diesel atau lain-lain perkakasan mekanikal.
- Berpengalaman dalam mengukur peralatan jitu dan penjajaran atau pemandu dan peralatan pemanduan dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan mekanikal.


3. JURUTEKNIK PENGELUARAN

Tugas:

- Mengendalikan kemudahan proses/pengeluaran minyak dan gas termasuk mesin turbo, water injection, gas conditioning dan gaslift.

Kelayakan:

- Diploma dalam bidang Kejuruteraan Pengeluaran/Automasi dan Kawalan atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang operasi yang berkaitan.

Pengalaman:

- Berpengalaman dalam sistem pengeluaran huluan dan sistem kawalan teragih.


PROGRAM LATIHAN

Calon yang berjaya akan menjalani Program Latihan Juruteknik yang meliputi bidang operasi, perkakasan dan penyelenggaraan mekanikal selama 1 tahun. Apabila tamat program latihan, anda akan ditugaskan sebagai Juruteknik Pengeluaran, Mekanikal atau Perkakasan dan Elektrikal di salah sebuah kemudahan luar pantai kami.


Calon yang berminat dipelawa menghantar permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon berserta butiran peribadi yang lengkap, kelayakan dan pengalaman bekerja sebelum 28 Februari 2010 ke www.exxonmobil.com/careers/my atau:

Bahagian Pengambilan,
Jabatan Sumber Manusia,
Tingkat 17, Menara ExxonMobil,
50088 KLCC, Kuala Lumpur.

Hanya calon yang di senarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan.

Sekiranya anda menghantar permohonan melalui pos, sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut kiri di atas sampul surat berkenaan.

0 comments:

Post a Comment