Friday, March 19, 2010

Jawatan Kosong PPUKM

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut :-

1.PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
2.PEMBANTU TEKNIK GRED J29
3.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
4.JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29
5.PENERBIT RANCANGAN GRED B17
6.PELUKIS PELAN GRED J17
7.TUKANG K3 (BATU BATA) GRED R9
8.TUKANG K3 (PENDAWAI ELEKTRIK) GRED R9

Tarikh Tutup permohonan : 31 Mac 2010

KERJA KOSONG TERBARU

SYARAT LANTIKAN:

1.PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2.PEMBANTU TEKNIK GRED J29

(a) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27

(a) diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29

(a) (i) Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5.PENERBIT RANCANGAN GRED B17

mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;atau
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6.PELUKIS PELAN GRED J17

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai asas dalam Lukisan Kejuruteraan dan mempunyai
Sijil Kemahiran Autokads I & II)

7.TUKANG K3 (BATU BATA) GRED R9

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah
disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2); dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

CARA MEMOHON

(a) Hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01).

KLIK UNTUK BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan juga boleh didapati daripada:

Jabatan Sumber Manusia,
Tingkat 2 Kompleks Pendidikan Perubatan,
Canselor Tuanku Jaafar,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 2, Kompleks Pendidikan Perubatan
Canselor Tuanku Ja'afar
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Sila tulis nama jawatan pada sampul surat di bahagian atas sebelah kiri.

0 comments:

Post a Comment