Friday, March 19, 2010

Jawatan Kosong SPANS

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sabah



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

1. JURUUKUR Gred JA41
2. JURUTEKNIK UKUR Gred JA17

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2010

JAWATAN KOSONG TERKINI

SYARAT LANTIKAN:

1. JURUUKUR Gred JA41

(i) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.DAN
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. JURUTEKNIK UKUR Gred JA17

(i) Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan Daripada Politeknik - politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9);DAN
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON

(i) Permohonan menggunakan borang tidak lagi diterima dan haruslah dibuat secara ON LINE SAHAJA dengan melayari laman web SPANS di alamat http://www.sabah.gov.my/psc. Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat:

Urusetia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.

(ii) Salinan sijil-sijil (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

(iii) Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

(iv) Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

(v) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment