Friday, March 12, 2010

Jawatan Kosong SUPERNET

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SUPERNET)


1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM - S41
2. RENJER HUTAN - G17
3. PENGAWAS HUTAN - G11
4. PEMBANTU SYARIAH - LS17
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR - G27

Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2010

Klik Pada Jawatan Untuk Maklumat Lanjut

Cara Memohon

A. PANDUAN PERMOHONAN MELALUI INTERNET- ONLINE

1. Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.
2. Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.
3. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang
benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri
Terengganu.
4. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.
5. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat
http://spn.terengganu.gov.my


Keterangan Am

1. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja.

2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Awam
Persekutuan, Perkhidmatan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Perkhidmatan polis/ tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat-menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan
jawatan.


MAKLUMAN :-

1. Kegagalan memenuhi segala maklumat yang diperlukan akan menyebabkan permohonan
anda gagal melepasi syarat lantikan jawatan berkenaan.
2. Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment