Tuesday, March 2, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA Pahang bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.PENSYARAH UiTM (GRED DM45)

Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2010

STATUS: TETAP / KONTRAK

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT FAKULTI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1.Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45 (Pensyarah UiTM)
(a)(i)Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(iii)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: P1T4)
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. PERHATIAN KEPADA PEMOHON
5.1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
5.2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
5.3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
5.4. Nama bidang dan Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5.5. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki IjazahSarjana/Ph.D dengan CGPA 3.00 dan ke atas / Kelas Kedua Tinggi di Peringkat Ijazah Sarjana Muda .
5.6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
5.7. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
5.8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5.9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a)Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Pahang di http://www.pahang.uitm.edu.my atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi Mara Pahang.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b)Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 15 Mac 2010.
(c)Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG
KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033

0 comments:

Post a Comment