Thursday, March 11, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Teknologi MARA Johor dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP/KONTRAK/SEMENTARA di UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT bagi memenuhi Wawasan 2020 negara.

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11 - 2 Kekosongan
2. Pemandu Gred R3 - 2 Kekosongan

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2010

Keterangan dan Kelayakan

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii)berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.dan
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Pemandu Gred R3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii)berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
•Lesen D P1T3
•Lesen E/E1/E2 P1T4
•Lesen F/H P1T5
•Lesen G/I P1T6
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
ii.Setiap permohonan hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang disahkan.
iii.Hanya permohonan yang ditapis-senarai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv.Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Johor Kampus Segamat atau boleh juga dimuat turun dari laman web rasmi UiTM Johor di http://johor.uitm.edu.my

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

v.Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 15 MAC 2010.
Sila kemukakan permohonan kepada:

Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Johor
KM12, Jalan Muar
85009 Segamat
Johor Darul Ta’zim
No. Tel: (07) 9352338/ 9352020/ 9352272

0 comments:

Post a Comment