Sunday, March 7, 2010

Jawatan Kosong ATM

Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan untuk berkhidmat di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Pegawai Pendidikan Tugas Ikhtisas dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan).

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mac 10

SYARAT KELAYAKAN

2. Umur.
Pegawai Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) TDM - Tidak melebihi
30 tahun (Lelaki dan Wanita) pada tarikh 31 Disember 2010.

3. Fizikal.
a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 19.2 hingga 26.9.

4. Taraf Kesihatan.
Tidak berkaca mata atau memakai kanta lekap, keupayaan
penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/6. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan
yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja
TATADEMMOT (DKT:FE).

5. Kelayakan Akademik.
a. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) TESL/TESOL ATAU Ijazah Sarjana
Muda Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris) serta Diploma Pendidikan.
b. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik/Kimia/Biologi) ATAU Matematik
dengan Pendidikan ATAU Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik/Kimia/Biologi) ATAU
Sains Perpustakaan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan.
c. Selain daripada syarat di para (1) dan (2) calon-calon perlu lulus SPM ATAU
kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my.

GAJI DAN ELAUN
7. Gaji. Gaji Permulaan adalah mengikut Skim Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Gred DGZ 41 iaitu P1T4 RM 2,018.52.

8. Pentauliahan. Calon Pegawai Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan)
TDM akan ditauliahkan sebagai Kapten. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Pegawai
Graduan selama 9 bulan di Kolej Tentera Darat (KTD) PULADA, Ulu Tiram, Johor.

CARA PERMOHONAN :
Dokumen Diperlukan.
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum.
f. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Telefon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem 50 sen dan Beralamat Sendiri.
g . Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C) ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian
Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen-dokumen
seperti di atas. Caloncalon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

11. Sebarang Pertanyaan.

Talian: 03-20712382 (Lt Kol Mohammad Yatim bin Muhamad Nor),
03-20714524 (Mej Mohd Nazeri bin Noor),
03-20714526 (Lt Arif Firdaus bin Anasipudin TLDM), 03-20712391(Kaunter Pertanyaan).

atau Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588 No Faks: 03-26985340 , 03-26986235

12. Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mac 10.

13. Tarikh Temuduga : 9 – 17 Apr 10.

14. Tempat Temuduga :
Akan dimaklumkan melalui surat pada calon-calon yang layak dan terpilih.

0 comments:

Post a Comment