Tuesday, March 2, 2010

Jawatan Kosong IKIM

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

1. Pemandu
2. Fellow Kanan bidang Ekonomi

Tarikh tutup permohonan : Jawatan 1 - 15 Mac 2010, Jawatan 2 - 31 Mac 2010


Syarat Kelayakan

1. Pemandu

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan
(d)Memiliki lesen memandu Kelas D, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.


2. Fellow Kanan bidang Ekonomi

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Keutamaan akan diberik kepada pemilik Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang Ekonomi (Fellow Kanan Bidang Ekonomi);
(c)Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;
(d)Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;
(e)Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya.
(f)Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan
(g)Kemahiran untuk merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan.

Cara Permohonan:

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 15/03/2010 bagi jawatan 1 dan 31/03/2010 bagi jawatan 2 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Catatan Am:
Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


0 comments:

Post a Comment