Thursday, March 11, 2010

Jawatan Kosong FAMA

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

1. Akauntan - Gred W41
2. Pegawai Teknologi Maklumat - Gred F41
3. Penolong Pegawai Akauntan - Gred W27
4. Penjaga Jentera Elektrik - Gred R17
5. Pembantu Ehwal Ekonomi - Gred E17
6. Pemandu Kenderaan - Gred R3
7. Pekerja Am - Gred R1
8. Pembantu Am Pejabat - Gred N1

Tarikh Tutup Permohonan : 22 mac 2010

Kelayakan:

1. Akauntan - Gred W41

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8);atau
(ii) Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8);atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta
menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9);atau
(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10);dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Pegawai Teknologi Maklumat - Gred F41

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer atau
teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat
atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph. D) dalam bidang sains komputer,
teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. Penolong Pegawai Akauntan - Gred W27

(a) (i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau
pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T5); atau
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. Penjaga Jentera Elektrik - Gred R17

(a) (i) Tamat tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh
kerajaan;
(ii) Sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem Pepasangan
Kilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan.


5. Pembantu Ehwal Ekonomi - Gred E17

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8); dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.


6. Pemandu Kenderaan - Gred R3

(a) (i) Tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I
berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
- Lesen D P1T3
- Lesen E/E1/E2 P1T4
- Lesen F/H P1T5
- Lesen G/I P1T6

dan (b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan baik.


7. Pekerja Am - Gred R1

(a) (i) Tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;dan
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh
skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : P1T3); dan
(b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan baik.

8. Pembantu Am Pejabat - Gred N1

(a) (i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2).


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN :
(a) Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(b) Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang FAMA 1-08p atau secara online melalui laman web FAMA

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE

Permohonan Jawatan secara online
(b) Bagi permohonan secara manual hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah/Diploma, Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain kelayakan yang disyaratkan.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.
(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

SYARAT-SYARAT UMUM :
(a) Taraf Jawatan : TETAP
(b) Tempoh percubaan : 1 – 3 Tahun
(c) Peperiksaan/Kursus Induksi : Calon-calon dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Lembaga serta lulus Peperiksaan Perkhidmatan

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Permohonan hendaklah sampai kepada :

KETUA PENGARAH,
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA),
BANGUNAN FAMA POINT,
LOT 17304, JALAN PERSIARAN SATU,
BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(u.p : Cawangan Perjawatan)

Sebelum atau pada : 22 Mac 2010

CATATAN AM :
1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Sila gunakan satu (1) borang untuk dua atau lebih jawatan yang dipohon.

0 comments:

Post a Comment