Wednesday, March 17, 2010

Jawatan Kosong MDKS

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. Penolong Pegawai Penilaian W32
2. Penolong Pegawai Penilaian W36
3. Penolong Pegawai Senibina J29

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2010

JAWATAN KOSONG TERBARU 2010


SYARAT LANTIKAN:

1. Penolong Pegawai Penilaian W32

Syarat Kenaikan Pangkat:-

Penolong Pegawai Penilaian Gred W32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W36 yang kosong apabila telah:

(a) Mencapai tahap prestasi yanf ditetapkan;
(b) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) Diperaku oleh Ketua Perkhidmatan

2. Penolong Pegawai Penilaian W36

Syarat Kenaikan Pangkat:-

Penolong Pegawai Penilaian Gred W32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W36 yang kosong apabila telah:

(a) Mencapai tahap prestasi yanf ditetapkan;
(b) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) Diperaku oleh Ketua Perkhidmatan

3. Penolong Pegawai Senibina J29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) diploma dalam bidang senibina yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2);
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKS yang boleh didapati dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Selangor dengan cara datang sendiri ke pejabat ini atau
KLIK DISINI UNTUK BORANG PERMOHONAN
- Borang-borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
- Borang-borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, salinan lesen memandu dan Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akedemik (termasuk Ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang di pohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
- Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ‘A’ 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan laporan Prestasi.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2010.

- BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DI TOLAK.
- Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

• Keutamaan pengisian jawatan ini diberi kepada kakitangan yang
sedang berkhidmat di Majlis Daerah Kuala Selangor.

0 comments:

Post a Comment