Monday, March 1, 2010

Jawatan Kosong PERKESO

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa,mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan, pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 45 buah cawangan di seluruh Negara,PERKESO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan memberikan maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO, kami menjemput mereka yang berminat dan menyertai kami sebagai:

1. AKAUNTAN GRED 25
2. JURUANALISA SISTEM GRED 24
3. JURUANALISA SISTEM GRED 24

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2010


Kenyataan Jawatan dan Kelayakan

1. AKAUNTAN GRED 25

Taraf Jawatan : Tetap Dan Tidak Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gaji : Lingkungan RM6770.00.00 - RM8800.00
Kekosongan : 1 Kekosongan
Tempat : Ibu Pejabat PERKESO

Kelayakan dan Syarat-Syarat Lantikan
1.1 Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan .
(b) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia ; ATAU
(c) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; ATAU
(d) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; ATAU
(e) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
(f) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(g) Keutamaan kepada calon yang memiliki kemahiran/ pengetahuan dan pengkhususan dalam Perakaunan Kos (Cost Accounting).
(h) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 8 tahun dalam bidang pengurusan kewangan dan akaun terutama dalam Pengurusan Pungutan Atau Akaun Belum Bayar (Accounts Payable);
(i) Mempunyai keupayaan mantap dalam menganalisa dan menyelesaikan masalah;
(j) Berinisiatif tinggi, berupaya memacu prestasi dan mantap dalam pengurusan berpasukan;
(k) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki pengetahuan dan mantap(strong knowledge) dalam ’Financial Reporting Standards/ Private Entity Reporting Standards’


2. JURUANALISA SISTEM GRED 24

(Operasi, Komunikasi dan Keselamatan)
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gaji : RM4500.00-RM7500.00
Kekosongan : 1 Kekosongan
Tempat : Ibu Pejabat PERKESO

Kelayakan & Syarat-Syarat Lantikan
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
(c) Mempunyai pengalaman minimum 5 tahun dalam perkhidmatan sokongan ICT bagi keselamatan ICT dan rangkaian ICT serta pengendalian rangkaian (LAN dan WAN)dan keselamatan (antivirus,polisi,web filtering,patches)
(d) Berpengetahuan dalam Information Technology Infrastructure Library (ITIL), Information Security Management System( ISO/IEC 27001:2006 )
(e) Berpengalaman dalam pengurusan projek IT, pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT serta melaksana program kesedaran keselamatan ICT PERKESO adalah satu kelebihan

3. JURUANALISA SISTEM GRED 24

(Pentadbiran)
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gaji : RM4500.00-RM7500.00
Kekosongan :1 Kekosongan
Tempat : Ibu Pejabat PERKESO

Kelayakan & Syarat-Syarat Lantikan
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
(c) Mempunyai pengalaman minimum 5 tahhun dalam pentadbiran ICT
(d) Berpengalaman dalam penyediaan Perancangan Strategik ICT,pengurusan projek ICT, Pengurusan aset ICT ,kontrak dan pembekal .
(e) Berpengetahuan dalam penggunaan Crystal Report dan mySQL.
(f) Berpengalaman dalam melaksanakan pengauditan aset ICT.

CARA MEMOHON:
1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO diseluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.
2. Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.
3. Permohonan hendaklah di hantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume),salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini beserta salinan slip gaji dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 Mac 2010 (Isnin).

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
281, JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR

CATATAN AM:
1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.
3. Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya .

0 comments:

Post a Comment