Tuesday, March 23, 2010

Jawatan Kosong MDS

Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu (MDS)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

Tarikh Tutup Permohonan : 7 April 2010

JAWATAN KOSONG

SYARAT LANTIKAN:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6) ;dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :

- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDS. TR. 1 yang boleh didapati di Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Setiu dengan harga RM 2.00 sesalin.
- Permohonan hendaklah dihantar kepada;

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SETIU,
WISMA MDS,
22100 PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU.

(sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kanan dan tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat)

- Tarikh Tutup Permohonan: 07 April 2010 (Tarikh Iklan 24 Mac 2010)
- Sertakan Salinan:
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’ (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan; dan
c) Salinan sijil-sijil yang berkaitan

PERKARA AM:

- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga tahun berturut-turut.
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment