Monday, March 22, 2010

Jawatan kosong MIROS

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENERBITAN GRED N41
2. PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q17
3. PEGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2010

JAWATAN KOSONG TERBARU

SYARAT LANTIKAN:

1. PEGAWAI PENERBITAN GRED N41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- (a) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma Sebaran Am daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3);
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kriteria Tambahan:
- Calon mesti mempunyai sekurang?kurangnya Ijazah sarjana muda dalam bidang Kewartawanan, Komunikasi Massa, Kemanusiaan / Liberal Arts,Undang-undang atau setara dengannya;
- Mempunyai kemahiran dalam penulisan, penyuntingan dan kawalan kualiti serta pengetahuan dalam penggunaan bahasa dan tatabahasa dengan terperinci;
- Boleh bekerja sebagai satu pasukan dan berkeupayaan untuk bekerja dengan semua orang di pelbagai peringkat;
- Mempunyai pengetahuan dalam aplikasi Desktop Publishing (DTP) yang utama;
- Pengetahuan dalam CMS adalah satu kelebihan;
- Berpemikiran strategik, berkebolehan dalam penyelesaian masalah serta mahir menyunting dan menganalisa;
- Berkemahiran merancang hubungan antara personal dengan baik dan
bermotivasi tinggi;
- Graduan yang baru tamat pengajian adalah digalakkan untuk memohon. Calon yang mempunyai pengalaman secara langsung/ berkaitan mempunyai kelebihan; dan
- Memerlukan penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Berkeupayaan untuk memahami dan berkomunikasi dalam bahasa lain
menjadi satu kelebihan.

2. PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q17
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:?
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17:P1T7); atau
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17:P1T8);
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
- mempunyai syarat?syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang?kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. dan
- calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di jabatannya.
- Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika menggunakan perkhidmatan pos).
- Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my atau datang sendiri ke Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my (Zurianti Bt. Zamrud).atau:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DISINI

- Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas atau melalui emel ke alamat : hr@miros.gov.my pada atau sebelum 31 Mac 2010.
- Hanya permohonan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.

0 comments:

Post a Comment