Tuesday, December 1, 2009

Jawatan Kosong JAIS

Jawatan Kosong JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

1. JAWATAN
A. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GRED DG41) (16 Kekosongan)

2. SUKATAN MATA PELAJARAN
Tahfiz

3. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: Perkhidmatan Pendidikan

4. JADUAL GAJI
P1T1: RM1695.85 - P1T27:RM4645.85
P2T1: RM1790.47 - P2T27:RM4924.12
P3T1: RM1889.27 - P3T27:RM5226.19

5. TARAF JAWATAN : KONTRAK

6. UMUR (Pada tarikh iklan ditutup)
(a) Calon-calon lantikan terus mesti tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan
perkhidmatan dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

7. WARGANEGARA MALAYSIA

8. SYARAT LANTIKAN
JAWATAN A : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf denganya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T5); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6); atau
(v) Ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:P1T8); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10; bagi ijazah Sarjana
Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas
Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan: P1T11; dan Ahli Penuh
Institut Akauntan Malaysia: P1T12);dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Tambahan:
Calon yang mempunyai kelulusan Diploma Tahfiz atau Shahadah Takhassus Qiraat.

9. CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad
Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil-Sijil
Persekolahan yang berkaitan.
(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.
(d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.
(e) Permohonan yang berikut akan ditolak :-
(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.

10. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.
SELANGOR.

Sebelum atau pada 20 November 2009.
(b) Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan
daripada tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment