Saturday, December 12, 2009

Jawatan Kosong SPA

Jawatan Kosong SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

1. Warganegara Malaysia terutamanya Rakyat Negeri Pahang yang berkelayakan dipelawa memohon untuk mengisi jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam di Pejabat KDYMM Sultan Pahang.

2. Jawatan-jawatan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :-



KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

1. Jawatan :
a)Pembantu Am Pejabat (Bentara) Gred N1
b)Kod Skim : N 0014
c)Kumpulan : Sokongan
d)Jadual Gaji :

P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1,506.79
P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1,583.49
P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1,661.82

(i)Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii)Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam BM dengan memuaskan.
[Gaji permulaan pada Gred N1: P1T2]

Senarai Tugas Bentara:-
1. Bertugas didalam Upacara Adat Istiadat dan Upacara rasmi di Balairong Seri.
2. Berdiri memegang pedang kerajaan semasa upacara Istiadat sedang berjalan di Balairong Seri.
3. Menunggu keberangkatan keluar KDYMM Tuanku di bahagian anjung istana.
4. Membuka dan menutup pintu kenderaan kenaikan KDYMM Tuanku.
5. Lain-lain tugas yang di titahkan/arahkan.

------------------------------------------------------------------

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

2. Jawatan :

a)Pembantu Am Pejabat (Pelayan Istana) Gred N1
b)Kod Skim : N 0014
c)Kumpulan : Sokongan
d)Jadual Gaji :
P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1,506.79
P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1,583.49
P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1,661.82


(i)Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya olehkerajaan; dan
(ii)Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam BM dengan memuaskan.
[Gaji permulaan pada Gred N1: P1T2]

Senarai Tugas:-
1. Menjalankan kerja-kerja pembersihan di dalam istana.
2. Melayan KDYMM Sultan Pahang semasa santap.
3. Membasuh pinggan mangkuk.
4. Mengemas bilik peraduan dan bilik-bilik di dalam istana.
5. Mengemas dan menyediakan pakaian KDYMM Sultan Pahang.
6. Lain-lain tugas yang dititahkan/arahkan.

----------------------------------------------------------------------

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN MAHIR/ SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR

3. Jawatan :

a)Pekerja Rendah Awam Gred R1
b)Kod Skim : R 0015
c)Kumpulan : Sokongan
d)Jadual Gaji :
P1T1 RM647.51 - P1T14 RM 1,178.43
P2T1 RM689.98- P2T14 RM 1,242.09
P3T1 RM734.08- P3T22 RM 1,307.38

(i)Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(ii)Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini.
[Gaji permulaan pada Gred R1: P1T3]; dan
(iii)Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam BM dengan baik.

Senarai tugas:-
1. Membersih dan menyapu sampah di kawasan padang istana dan persekitaran istana termasuk longkang-longkang.
2. Memesin, mengumpul dan membakar rumput.
3. Menyiram pokok-pokok dan pokok-pokok bunga.
4. Mengemas dan merapikan pokok-pokok bunga di kawasan seni taman.
5. Membersih dan menjaga peralatan yang digunakan.
6. Lain-lain tugas yang dititahkan/arahkan.

-----------------------------------------------------------------------

3. PANDUAN MEMOHON

3.1 BORANG PERMOHONAN DAN BUKU PANDUAN MEMOHON
3.1.1. Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan Borang SPA.PHG.2 yang boleh di dapati di :-

i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, Tingkat Bawah,Wisma Sri Pahang,
25520 KUANTAN.
ii) Semua Pejabat Daerah di Negeri Pahang.Dan
iii) Boleh dimuat turun melalui laman web SPA Pahang http://spa.pahang.gov.my
MUAT TURUN BORANG

3.1.2 Borang SPA.PHG.2 beserta Buku Panduan yang diiklankan boleh diperolehi di tempat-tempat di atas dengan harga RM3.00 setiap satu.

3.1.3 Borang SPA.PHG.2 beserta Buku Panduan memohon jawatan yang diiklankan boleh juga diperolehi melalui pos dengan cara menulis surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dengan menyertakan Wang Pos RM3.00 atas nama
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang beserta sampul surat beralamat sendiri berukuran 28cm x 40cm berstem RM 1.50 dan mengemukakan ke alamat
di perenggan 3.1.1 (i).

3.1.4 Semua pemohon diminta membaca dengan teliti Borang SPA.PHG.2 dan Buku Panduan memohon jawatan sebelum mengisi dan menghantar Borang SPA.PHG.2. Borang permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan ditolak.

3.2 UMUR
3.2.1 Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh permohonan;
3.2.2. Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan;
3.2.3. Bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.

3.3. TARAF JAWATAN
3.3.1. Tetap / Kontrak / Sementara / Sandaran.

3.4. ALAMAT PERMOHONAN :
3.4.1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan KEPADA:-
SETIAUSAHA,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG,
TINGKAT BAWAH, WISMA SRI PAHANG,
25520 KUANTAN.

4.KETERANGAN AM
4.1. Semua permohonan yang lengkap akan diproses dan didaftarkan dalam Bank Data Berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Suruhanjaya akan mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan kepada calon setelah permohonannya didaftarkan.
4.2. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya masih berminat berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi Borang SPA.PHG.2.
4.3. Pemohon boleh memohon sehingga lima [5] jawatan dengan menggunakan satu [1] borang sahaja dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
4.4. Calon-calon akan dipanggil temuduga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon dan memenuhi syara Kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan.
4.5. Calon-calon yang ingin meminda alamat surat-menyurat atau pusat temuduga yang dipilih boleh mengemukakan permohanan dengan menulis surat kepada:

SETIAUSAHA,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG,
TINGKAT BAWAH,WISMA SRI PAHANG, 25520 KUANTAN.

Surat tersebut hendaklah menyatakan Nama, No. Kad Pengenalan dan tujuannya. Walau
bagaimanapun calon-calon yang ingin meminda maklumat lain hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi Borang SPA.PHG.2.

5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN

4 Disember, 2009.

0 comments:

Post a Comment