Wednesday, December 23, 2009

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Kelantan Kampus Machang bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. JURURAWAT MASYARAKAT (GRED U19)
2. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17)
3. JURUTRENGKAS (GRED N17)
4. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)


1. JURURAWAT MASYARAKAT (GRED U19)

Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;DAN
(ii) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat
Masyarakat yang diiktiraf oleh kerajaan serta berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia;
(Gaji permulaan ialah pada U19 : P1T7); DAN
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17)

Syarat Lantikan:
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T1); ATAU
(ii) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T6); ATAU
(iii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9) DAN
b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. JURUTRENGKAS (GRED N17)

Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); atau
(ii) Diploma Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T9);DAN
(b) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)

Syarat Lantikan:
(a) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran sekurang-kurangnya peringkat D dalam 5 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan;
(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(ii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iii) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.DAN
(c) calon yang memiliki di pe renggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

UMUR
a. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
b. Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar bersama salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.
c. Hanya pemohon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temudaga.
d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
d. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.kelantan.uitm.edu.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KELANTAN
BUKIT ILMU
18500 MACHANG
KELANTAN DARUL NAIM

NO. TEL : (09) 9762015/2011/2012/2013/2014/2068

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment