Wednesday, December 30, 2009

Jawatan Kosong MBPJ

Jawatan Kosong MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17
2. PENGASUH (TASKA/TADIKA) – GRED N1
3. AHLI MUZIK – GRED B31
4. ARTIS BUDAYA - GRED B17
5. PEMBANTU RENDAH KEBUDAYAAN - GRED B11
6. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT - GRED S17


1. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17

1.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Sambilan
(d) Jadual Gaji N17 :

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

1.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); atau
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8); atau
(iv) sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9);dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang boleh berbahasa Mandarin
dan berkebolehan mengendalikan komputer).

1.3 KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

1. Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum perlaksanan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut boleh dipenuhi:
a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
2. Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

------------------------------------------------------------------

2. PENGASUH (TASKA/TADIKA) – GRED N1

2.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf jawatan : Sambilan
(d) Jadual Gaji N1 :
P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1661.82

2. Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2)

------------------------------------------------------------------

3. AHLI MUZIK – GRED B31

3.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Bakat & Seni
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Sokongan
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(c) Taraf jawatan : Kontrak
(d) Jadual Gaji B31 :
P1T1 RM2419.09 - P1T13 RM3598.81
P2T1 RM2521.94 - P2T13 RM3756.14
P3T1 RM2629.33 - P3T13 RM3918.01

3.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.
(Gaji permulaan minimum bagi Gred B31 ialah pada P1T1);
(d) calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus ujian khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, berkebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

-----------------------------------------------------------------

4. ARTIS BUDAYA - GRED B17

4.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Bakat Dan Seni
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(c) Taraf Jawatan : Kontrak
(d) Jadual Gaji B17 :
P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2423.63

4.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.
(d) calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, berkebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

-----------------------------------------------------------------

5. PEMBANTU RENDAH KEBUDAYAAN - GRED B11

5.1(a) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Bakat Dan Seni
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(c) Taraf Jawatan : Kontrak
(d) Jadual Gaji B11 :
P1T1 RM742.26 – P1T21 RM1735.46
P2T1 RM784.73 – P2T21 RM1825.23
P3T1 RM828.83 – P3T21 RM1916.77

5.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan; atau
(b) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-----------------------------------------------------------------

6. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT - GRED S17

6.1(a) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Kontrak
(d) Jadual Gaji S17 :
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

6.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;Dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-----------------------------------------------------------------

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang setiap hari bekerja mulai 3 Disember 2009 atau mengemukakan satu sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ (www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

PERHATIAN:
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17hb DISEMBER 2009 (KHAMIS)

1 comments:

CT NUR AIN BADRUL HISHAM said...

assalamualaikum.sy benar2 berminat dgn kerja khidmat masyarakat ini tp malangnya iklan ini sudah lama ditutup kecewanya sy....jika ada lg peluang ini dibuka tolong emailkan sy nur.ain89@yahoo.com sy betul2 mengharapkan bantuan pihak yg berkenaan

Post a Comment