Thursday, December 17, 2009

Jawatan Kosong TESDEC

Jawatan Kosong TESDEC

Tesdec Services Sdn.Bhd (TSSB) adalah anak syarikat TESDEC Berhad (Milik Penuh Kerajaan Negeri Terengganu mempelawa rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan dan berminat untuk memohon kekosongan jawatan.

1. Pegawai Teknologi Maklumat (EIO)


Syarat Kelayakan:
i.Mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang Pengajian Teknologi Maklumat / Sains dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii.Lulus SPM atau SPMV dengan kepujian Bahasa Melayu.
iii.Rakyat Negeri Terengganu yang berumur 21 hingga 28 tahun pada tarikh iklan ini ditutup.
iv.Mempunyai kemahiran dalam penyelenggaraan komputer dan sanggup ditempatkan di mana-mana daerah dalam Negeri Terengganu.
v.Calon lelaki yang memenuhi syarat-syarat di atas dan sihat tubuh badan akan diberikan keutamaan.

Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang EIO 1/2009 yang boleh didapati di www.tesdec.edu.my atau mengemukakan resume (butir-butir peribadi) bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil SPM/SPMV, sijil-sijil akademik dan dokumen berkaitan. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:

MUAT TURUN BORANG DI SINI

Pengarah Eksekutif
TESDEC Services Sdn.Bhd
Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Kawasan Perindustrian Bukit Khor
21600 Marang, Terengganu.

Sila tuliskan perkataan "Pegawai Teknologi Maklumat" di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment