Wednesday, December 23, 2009

Jawatan Kosong Felda

Jawatan Kosong Felda Holdings Bhd

Felda Holdings Bhd mempunyai kekosongan jawatan Kerani untuk ditempatkan di Felda Properties dan Delima Oil Products. Kekosongan jawatan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan

1. KERANI JUALAN (Projek Perumahan Warga Felda)
2. KERANI DOKUMENTASI


1. KERANI JUALAN (Projek Perumahan Warga Felda)
(Ibu Pejabat, Kuala Lumpur)

KELAYAKAN:
• Memiliki Diploma/Sijil Pelajaran Malaysia dengan minima 4 kredit termasuk Bahasa Malaysia.
• Memiliki lesen memandu kereta/motosikal yang sah.
• Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja jualan projek perumahan minima 1 tahun.
• Mampu berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.
• Mempunyai kebolehan berurusan dengan orang ramai, Peguam, PBT dan Institusi Kewangan.
• Mempunyai kemahiran menggunakan komputer program Microsoft Office.

BIDANG TUGAS:
• Mengendalikan urusan jualan sehingga surat perjanjian jualbeli disediakan oleh peguam.
• Membantu serta mampu memberi penerangan kepada pembeli berhubung pinjaman daripada institusi kewangan/Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia.
• Membuat susulan tuntututan bayaran kemajuan kepada institusi kewangan/Perbendaharaan Malaysia.
• Menyedia laporan status jualan dan kutipan hutang pembeli setiap bulan.


2. KERANI DOKUMENTASI
(Port Klang, Selangor)

Kelayakan:
• Memiliki Diploma/Sijil Pelajaran Malaysia dengan minima 4 kredit termasuk Bahasa Malaysia.
Berkebolehan mengendalikan perisian Komputer dengan baik.
• Mampu berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.
• Mempunyai kemahiran menggunakan komputer program Microsoft Office.

BIDANG TUGAS:
• Membuat pecahan bayaran mengikut depoh, inbois dan ‘delivery order’ agar pembayaran sama seperti yang dijual/dihantar oleh depoh dan juga mengenal pasti inbois yang belum dibayar.

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, salinan sijil-sijil (sijil akademik, kad pengenalan & sijil kelahiran) gaji sekarang berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport (t.d.) kepada:

PENGURUS KANAN
BAHAGIAN STAFFING & PERHUBUNGAN UNIVERSITI
FELDA HOLDINGS BHD
TINGKAT 9, BALAI FELDA
JALAN GURNEY SATU
54000 KUALA LUMPUR

Tarikh tutup : 10 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment