Wednesday, December 2, 2009

Jawatan Kosong MBPJ

Jawatan Kosong MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat
permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. ARKITEK – GRED J41

1.1 (a) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
(c) Jadual Gaji J41 :
P1T23 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T23 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T23 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79
(d) Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
(e) Kekosongan : 2

1.2 Syarat Lantikan :
1.2.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : P1T3);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-----------------------------------------------------------------------

2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41

2.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Teknologi Maklumat
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
(c) Jadual Gaji F41 :
P1T1 1899.01 – P1T25 4715.47
P2T1 1995.02 – P2T25 4988.08
P3T1 2095.21 – P3T25 5284.57
(d) Taraf Jawatan : Kontrak
(e) Kekosongan : 1

2.2 Syarat Lantikan:
2.2.1 Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut;-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau
(iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph. D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9);dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

---------------------------------------------------------------

3. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR – GRED C41

3.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sains
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
(c) Jadual Gaji C41 :
P1T1 1716.72 – P1T27 4716.86
P2T1 1812.73 – P2T27 4997.81
P3T1 1912.92 – P3T27 5285.98
(d) Taraf Jawatan : Kontrak
(e) Kekosongan : 1

3.2 Syarat Lantikan :
3.2.1 Calon bagi lantikan hendaklah memilki kelayakan seperti berikut;-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia hayat, kaji hayat, fizik atau ekologi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41 : P1T3); atau
(ii) ijazah Sarjana Muda Sains (Alam Sekitar) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41 : P1T4); atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanik, Kimia, Elektrik atau Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41 : P1T5) ; dan;
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-------------------------------------------------------------------

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping
di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang setiap hari bekerja mulai 19 November 2009 atau mengemukakan satu
sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ (www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian
Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3hb DISEMBER 2009 (KHAMIS)

0 comments:

Post a Comment