Wednesday, December 23, 2009

Jawatan Kosong UPM

Jawatan Kosong UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju

ke arah Universiti bertaraf dunia:-

1. Penolong Pegawai Sains(Gred C27)
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat(Gred F29)
3. Penolong Jurutera (Gred J29)


Jawatan 1 PENOLONG PEGAWAI SAINS (GRED C27)
Klasifikasi: Perkhidmatan Sains
Kumpulan : Sokongan

Jadual Gaji :
P1T1 RM1215.14 - P1T26 RM3045.29
P2T1 RM1284.72 - P2T26 RM3242.02
P3T1 RM1357.32 - P3T26 RM3426.42

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia
(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains; atau
(c) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(d) Diploma dalam teknologi makmal yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C27:P1T5); atau
(e) Diploma dalam bidang kimia industri yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C27:P1T6)
(f) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai ciri seperti berikut:
i. Mempunyai pengetahuan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994/ Akta Kilang dan Jentera 1967/ Akta Kualiti Alam sekeliling 1974; dan
ii.Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

-------------------------------------------------------------------

Jawatan 2 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)
Klasifikasi: Perkhidmatan Sistem Maklumat
Kumpulan: Sokongan

Jadual Gaji :
P1T1 RM1544.86 - P1T21 RM3034.66
P2T1 RM1615.95 - P2T21 RM3237.37
P3T1 RM1690.06 - P3T21 RM3415.79

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia
(b) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T1); atau
(c) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T2);
(d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai ciri seperti berikut:
i. Mempunyai pengetahuan dalam pengaturcaraan dan aplikasi; atau
ii.Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

-------------------------------------------------------------------

Jawatan 3 PENOLONG JURUTERA (GRED J29)
Klasifikasi: Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan : Sokongan

Jadual Gaji :
P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia
(b) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2); atau
(c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai ciri seperti berikut:
i. Mempunyai pengetahuan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994/ Akta Kilang dan Jentera 1967/ Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau
ii. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan

KELULUSAN BAHASA MALAYSIA DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM):

Pemohon-pemohon dikehendaki mendapat Lulus bagi matapelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan bagi jawatan-jawatan 1,2 dan 3.

TARAF JAWATAN : Semua jawatan di atas bertaraf KONTRAK.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:
a) Calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun;

LAIN-LAIN:
a) Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan pada kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja atau kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan;
b) Elaun-elaun yang akan diperolehi adalah seperti berikut :
i. Elaun Tetap Khidmat Awam - RM160.00
ii.Imbuhan Tetap Perumahan - RM180.00
iii.Bantuan Sara Hidup - RM300.00
c) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
d) Pemohon-pemohon juga dikehendaki menyertakan resume pendidikan dan pengalaman kerja berserta borang dan salinan siji lengkap yang telah disahkan.

CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar UPM di alamat http://pendaftar.upm.edu.my.

MUAT TURUN BORANG

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil/dokumen yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport kepada:

PEJABAT PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR.

TARIKH TUTUP:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas

tidak lewat dari 14 Disember 2009. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat.

PERHATIAN:
(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pejabat Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Universiti Putra Malaysia.

Tel: 03-8947 2060

0 comments:

Post a Comment