Thursday, December 17, 2009

Jawatan Kosong JAIS

Jawatan Kosong JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

JAWATAN DAN GRED
A. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU PRASEKOLAH) (GRED S17)
B. PENGASUH PRASEKOLAH

2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
Jawatan A : Perkhidmatan Sosial
Jawatan B : -

----------------------------------------------------

3. JADUAL GAJI

Jawatan A Gred S17 :
P1T1: RM820.38 - P1T24:RM2151.35
P2T1: RM871.81 - P2T24:RM2272.50
P3T1: RM924.75 - P3T24:RM2397.95

Jawatan B Pengasuh Takis : Elaun RM740.62


4. TARAF JAWATAN : KONTRAK

5. UMUR (Pada tarikh iklan ditutup)
(a) Calon- calon lantikan terus mesti tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan
perkhidmatan dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

6. WARGA NEGARA MALAYSIA

------------------------------------------------

7. SYARAT LANTIKAN

JAWATAN A : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (GURU PRASEKOLAH)
http://www.my-communication.info

Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan.dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

-------------------------------------------------

JAWATAN B: PENGASUH PRASEKOLAH

Syarat Lantikan:
(a) Sijil Rendah Pelajaran Malaysia atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Anak tempatan atau telah bermukim di kawasan tersebut.

-------------------------------------------------

9. CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam Selangor.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad
Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil- Sijil Persekolahan yang berkaitan.
(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.
(d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.
(e) Permohonan yang berikut akan ditolak :-
(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.

10. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5,40676 SHAH ALAM.

Sebelum atau pada 4 Disember 2009.

(b) Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk sesi temuduga.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan
daripada tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment