Saturday, December 5, 2009

Jawatan Kosong UPM

Jawatan Kosong Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Adalah dimaklumkan Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, UPM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1.Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 (Kontrak)

Syarat Kelayakan:
i.Warganegara Malaysia;
ii.berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii.Sijil Pelajaran Malaysia termasuk lulus ujian lisan. (Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan mengendalikan Komputer dan/atau mengambil trengkas)

------------------------------------------------------

2.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Kontrak)

Syarat Kelayakan:
i.Warganegara Malaysia;
ii.berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Diploma Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
iv.Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

-----------------------------------------------------

3.Tukang K3 Gred R9 (Kontrak)

Syarat Kelayakan:
i.Warganegara Malaysia;
ii.berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii.Tamat tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
iv.Lulus ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh Ketua Perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2; dan
v.Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

------------------------------------------------------
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila kirimkan sijil-sijil akademik/sijil kokurikulum yang berkaitan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan beserta sekeping gambar terkini ukuran pasport ke alamat berikut di bawah.

TARIKH TUTUP :

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah sebelum atau pada 4 Disember 2009 (Jumaat):

Pejabat Pusat Hal Ehwal Antarabangsa
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan,
Bangunan CII, Lorong Pongamia 1,
43400 Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang,
Selangor.

0 comments:

Post a Comment