Tuesday, December 1, 2009

Jawatan Kosong PERDA

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

NAMA JAWATAN 1 : PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

http://www.my-resume.info

BIDANG :
i) PRODUCT DESIGN
ii) MACHINING
iii) TOOL & DIE DESIGN

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK

JADUAL GAJI : J41
P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79

SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal Pembuatan /Teknologi Product Design/ Pembuatan Tooling/ Kejuruteraan Teknologi Tool & Die atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang berkaitan seperti yang dinyatakan. dan
(e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

---------------------------------------------------------------

NAMA JAWATAN 2 : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN SAINS

http://www.my-engineering.info

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK

JADUAL GAJI : DH 41
P1T1 RM1695.85 - P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 - P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 - P3T27 RM5226.19

SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang fizik/kimia/biologi/material sains atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada gred DH41:P1T3) atau;
(d) Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada gred DH41:P1T4) atau;
(e) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada gred DH41:P1T4)
(f) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada gred DH41:P1T8)
(g) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang berkaitan seperti yang dinyatakan. dan
(h) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

-------------------------------------------------------------

NAMA JAWATAN 3 : PENOLONG AKAUNTAN

http://www.my-accounting.info

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP

JADUAL GAJI : W27
P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80

SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank
atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5); atau
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred Gred W27: P1T8);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas ; atau
(ii) Lulus peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

---------------------------------------------------------------

NAMA JAWATAN 4 : JURUTEKNIK KOMPUTER

http://www.my-infotech.info

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP

JADUAL GAJI : FT17
P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus dalam subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T1); atau
(ii) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T6); atau
(iii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T9); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas ; atau
(ii) Lulus peperiksaan Khas atau hadir dengan jayanya kursus peralihan
Juruteknik Komputer yang telah ditetapkan oleh ketua perkhidmatan; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

-------------------------------------------------------------

NAMA JAWATAN 5 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI)

http://www.my-administration.info

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
TARAF JAWATAN : TETAP

JADUAL GAJI : N17
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/ atau mengambil trengkas)
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas ; atau
(ii) Lulus peperiksaan Khas ;dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

----------------------------------------------------------------

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan semua jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN
(a) Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10 cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau datang sendiri ke Pejabat PERDA atau dengan muat turun borang melalui laman web PERDA di www.perda.gov.my.

MUAT TURUN BORANG

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2009.

(b) Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH
PULAU PINANG.

(c) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A, Bahagian III, Para 17
(d) Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment