Tuesday, December 1, 2009

Jawatan Kosong MDT

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA keutamaan kepada Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

A.SKIM PERKHIDMATAN

1.PEGAWAI TADBIR (GRED N41)

http://www.my-administration.info

P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 - P3T27 RM5220.62

Jadual gaji diatas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam , Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun- Elaun lain.

B.SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)warganegara Melaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)ijazah sarjana muda undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4);
Dan (d) kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:-

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) diatas; atau (ii) lulus Peperiksaan khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

C. CARA MEMOHON
a)Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati dengan percuma dari Pejabat Majlis Daerah Tampin (Bahagian Pentadbiran). Samada dengan datang sendiri ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 32cm x 22 cm beralamat sendiri berserta setem yang mencukupi.

b)Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan sijil-sijil persekolahan, surat akuan dan lain-lain dokumen berkaitan diakui sah oleh wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberikuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.

c)Semua permohanan hendaklah sampai dipejabat

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Tarikh Tutup Permohonan : 16 NOVEMBER 2009

CATATAN AM

(a)Hanya permohon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
(b)Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

0 comments:

Post a Comment