Tuesday, January 26, 2010

Jawatan Kosong DBP

Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N27)

Tarikh tutup permohonan : 8 FEBRUARI 2010

Penempatan di DBP Ibu Pejabat

Tangga Gaji:
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

SYARAT LANTIKAN

(a)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
(c)Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6);dan
(d)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dan sudah disahkan dalam perkhidmatan, layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk pada kekosongan jawatan; dan

(a)Mempunyai kelayakan di perenggan (a) hingga (c) di atas; dan
(b)Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

IMBUHAN DAN ELAUN
Calon yang dilantik layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 cm x 25 cm bersetem 40 sen dan beralamat sendiri. Keterangan jawatan, syarat lantikan dan borang permohonan boleh didapati melalui laman web http://www.dbp.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

0 comments:

Post a Comment