Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong MDKT

Jawatan Kosong MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI (MDKT)

1.(a)Jawatan:PEMBANTU TADBIR(KEWANGAN) (Gred W17)
(b)Kumpulan Perkhidmatan:SOKONGAN
(c)Klasifikasi Perkhidmatan:PERKHIDMATAN KEWANGAN

2.Jadual Gaji
Gred Gred W17
Jadual gaji Matriks:
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

3.Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2) ;atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5);;atau
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik- politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9).dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4.Taraf Jawatan:Tetap

5.Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang di buat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6.Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2009

7.Cara Memohon:
(a)Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau mengemukakan sampul surat berukuran 23cm x 16cm beralamat sendiri beserta setem RM0.50 atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b)Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan,dokumen- dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
D/A DEWAN SERBAGUNA TAMAN KOTA JAYA
JALAN DELIMA TAMAN KOTA JAYA,
81900 KOTA TINGGI

(c)Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” Bil.17.
(d)Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.
(e)Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment