Friday, January 22, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PUSTAKAWAN (GRED S41)
2. PEMBANTU PENERBITAN (GRED N17)
3. PENYELIA ASRAMA (GRED N17)
4. ATENDAN KESIHATAN (GRED U3)
5. PEMANDU (KAMPUS TAWAU) (GRED R3)
6. TUKANG K2 (JURUELEKTRIK) (GRED R11)


1. PUSTAKAWAN (GRED S41)

SYARAT LANTIKAN
(a)(i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T3); atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T4); atau
(iii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T4); atau
(iv)Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T7)DAN
(b)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PEMBANTU PENERBITAN (GRED N17)

SYARAT LANTIKAN
(a)(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii)sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); ATAU
(iii)sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9);DAN
(b)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(c)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU
(d)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta penguasaan bahasa yang tinggi dalam bahasa-bahasa lain yang berkenaan.


3. PENYELIA ASRAMA (GRED N17)

SYARAT LANTIKAN
(a)(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii)pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat atau perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6);DAN
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan kecuali calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(ii) di atas.


4. ATENDAN KESIHATAN (GRED U3)

SYARAT LANTIKAN
(a)tamat Tingkatan Tiga sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan;DAN
(b)boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


5. PEMANDU (KAMPUS TAWAU) (GRED R3)

SYARAT LANTIKAN
(a)(i)tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii)berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3 :
- Lesen D P1T3
- Lesen E/E1/E2 P1T4
- Lesen F/H P1T5
- Lesen G/I P1T6

DAN (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a)mempunyai kelayakan di perenggan (a) (ii) dan (iii) di atas.
(KEUTAMAAN KEPADA CALON YANG MEMILIKI LESEN E)


6. TUKANG K2 (JURUELEKTRIK) (GRED R11)

SYARAT LANTIKAN
a)i)tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
ii)pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
iii)mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
iv)lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;DAN
(b)berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K3 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Gred R11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1(d) di atas


UMUR:
(a)Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(b)Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a.Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b.Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
c.Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
d.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
e.Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

MUAT BORANG PERMOHONAN

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU,SABAH.

TEL: 325206/209/210/211, 495564, 492157, 493591

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan ialah pada: 18 JANUARI 2010 (ISNIN)

0 comments:

Post a Comment