Tuesday, January 5, 2010

Jawatan Kosong MDPP

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Permohonan ini adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan sebagaimana berikut:-

1. Klasifikasi : Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Gred J29)
2. Jawatan : Penolong Jurutera (Gred J29)
3. Jawatan : Pembantu Penguatkuasa (Gred N17)
4. Jawatan : Pembantu Penilaian (Gred W17)
5. Jawatan : Pekerja Rendah Awam (Gred R1)


1. Klasifikasi : Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Gred J29)

Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;
c) diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Jawatan : Tetap

2. Jawatan : Penolong Jurutera (Gred J29)

Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;
c) diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2); dan
d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Jawatan : Tetap

3. Jawatan : Pembantu Penguatkuasa (Gred N17)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;
c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi perempuan tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurangkurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (Ielaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6//9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh pegawai Perubatan Kerajaan.dan
e) calon yang memiliki kelayakan diperenggan 1(c) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf Jawatan : Tetap

4. Jawatan : Pembantu Penilaian (Gred W17)

Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan;
c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek matematik pada peringkat peperiksaan
tersebut. (Gaji Permulaan ialah pada Gred W17: P1T1); atau
ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
dan d) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Jawatan : Tetap.

5. Jawatan : Pekerja Rendah Awam (Gred R1)

Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir/Separuh MahirlTidak Mahir
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM647.51 - P1T24 RM1178.43
P2T1 RM689.98 - P2T24 RM1242.09
P3T1 RM734.08 - P3T24 RM1307.38

Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
d) ii) Berkebolehan menjalankan bidan kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3);dan
e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Taraf Jawatan : Tetap.

B. Cara memohon.
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang permohonan Jawatan MDPP.1 berharga RM2.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh,Kelantan.
ii. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan Laporan Sulit, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti dan Laporan Nilaian Prestasi tahun 2006, 2007, 2008. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan
dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.
iii. Permohonan hendaklah menyertakan sekeping gambar (terbaru) berukuran passport, salinan sijil-sijil persekolahan, atau keputusan peperiksaan. Kad pengenalan, dan surat beranak yang telah disahkan berserta sampul surat berukuran 22sm x 11 sm beralamat sendiri serta bersetem 50 sen.
iv. Setiap permohonan hendaklah dituliskan No. Rujukan di atas sampul surat sebelah kiri.
v. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Di Pertua
Majlis Daerah Pasir Puteh
16800 Pasir Puteh
Kelantan.

C. Tarikh tutup permohonan: 23 Disember 2009 (Rabu).

D. Perkara Am
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Pemohon yang tidak dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment