Wednesday, January 6, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Fakulti Perubatan Kampus Shah Alam, Selayang dan Sg.Buloh.

I.JAWATAN

1.ATENDAN KESIHATAN (GRED U3)

SYARAT LANTIKAN
(a)tamat Tingkatan Tiga Sekolah Menengah bantuan penuh Kerajaan;DAN
(b)boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

UMUR
a.Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
b.Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a.Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b.Setiap permohonan MESTILAH disertakan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.
c.Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
d.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Fakulti Perubatan, Aras 20 Menara 1, Kompleks Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 28 Disember 2009.

Sila kemukakan permohonan kepada:

DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
ARAS 20, MENARA 1
KOMPLEKS SAINS & TEKNOLOGI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM

NO.TEL: (03) 5544 2834/ 2836/ 2984/ 3979/
(03) 5521 1278/ 1972

EMAIL:webmastermedic@salam.uitm.edu.my

0 comments:

Post a Comment