Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong MPPG

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan - jawatan berikut di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

1. Akauntan (Gred W41)
2. Juruukur Bahan (Gred J41)
3. Penolong Pegawai Penilaian (Gred W32)
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U32)
5. Penolong Arkitek Landskap (Gred J29)
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U29)
7. Penolong Pegawai Penguatkuasa (Gred N27)
8. Penolong Pegawai Penilaian (Gred W27)
9. Pembantu Undang-Undang (Gred L29)
10. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa (Gred J29)
11. Pembantu Akauntan (Gred W17)
12. Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W17)
13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N17)
14. Pembantu Penilaian (Gred W17)
15. Pembantu Juruaudit (Gred W17)
16. Pembantu Kesihatan Awam (Gred U17)
17. Juruteknik Perancang Bandar & Desa (Gred J17)
18. Juruteknik Komputer (Gred FT17)
19. Juruteknik Landskap (Gred J17)
20. Juruteknik (Ukur Bahan) (Gred J17)
21. Juruteknik (Awam) (Gred J17)
22. Pelukis Pelan (Gred J17)


1. Akauntan (Gred W41)

(a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69)

2. Juruukur Bahan (Gred J41)

(a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Penetapan gaji permulaan lebih tinggi atas P1 Gred J41 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan).
(Keutamaan diberi kepada calon yang berpengalaman tidak kurang daripada tiga(3) tahun).

3. Penolong Pegawai Penilaian (Gred W32)

(a) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred W32 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan)
(Keutamaan diberi kepada Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam, Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 yang telah melepasi syarat kenaikan pangkat).

4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U32)

(a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Institusi- Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred U32 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan)
(Keutamaan diberi kepada Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 yang telah melepasi syarat kenaikan pangkat).

5. Penolong Arkitek Landskap (Gred J29)

(a) Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2 RM1615.95)

6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U29)

(a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Institusi-Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44)
(Keutamaan diberi kepada anggota yang mempunyai Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diiktiraf oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Malaysia (NIOSH).

7. Penolong Pegawai Penguatkuasa (Gred N27)

(a) (i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75)
(iii) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut;
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
iii. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm;
iv. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred N27 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan).
(Keutamaan diberi kepada calon yang berpengalaman dalam bidang penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan)

8. Penolong Pegawai Penilaian (Gred W27)

(a) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6 RM1541.84).

9. Pembantu Undang-Undang (Gred L29)

(a) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4 RM1671.91 ).

10. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa (Gred J29)

(a) Diploma dalam bidang Perancangan Bandar & Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred J29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan).

11. Pembantu Akauntan (Gred W17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80); atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53); atau
(c) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17)

12. Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah Gred W17: P1T2 RM871.80) atau;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53 ) atau;
(d) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17)

13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; Dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik).
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan).

14. Pembantu Penilaian (Gred W17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

15. Pembantu Juruaudit (Gred W17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80); atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53); atau
(d) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T10 RM1271.08)
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang kejuruteraan).

16. Pembantu Kesihatan Awam (Gred U17)

(a) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan.
(b) Lulus Bahasa Malaysia / Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred U17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran yang berkaitan).
(Keutamaan diberi kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam matapelajaran Sains dan Matematik).

17. Juruteknik Perancang Bandar & Desa (Gred J17)

(a) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50)

18. Juruteknik Komputer (Gred FT17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(b) Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T6 RM1100.21); atau
(c) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T9 RM1254.50)

19. Juruteknik Landskap (Gred J17)

(a) Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T8 RM1203.07); atau
(b) Sijil dalam bidang Seni Bina atau Kejuruteraan Awam (Seni Bina) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50)

20. Juruteknik (Ukur Bahan) (Gred J17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam Sains dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil Ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50); atau
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred J17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran yang berkaitan).

21. Juruteknik (Awam) (Gred J17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam Sains dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50); atau
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred J17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran yang berkaitan).

22. Pelukis Pelan (Gred J17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut.
(b) Sijil Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Penetapan Gaji Permulaan lebih tinggi atas P1 Gred J17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan).

SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur :
i. Tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan jawatan DAN
ii. Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
c. Sila layari laman web MPPG di alamat www.mppg.gov.my untuk syarat – syarat lantikan bagi setiap jawatan.

CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Kaunter MPPG, Aras 1 Menara Aqabah, dengan bayaran RM1.00 bagi setiap borang permohonan. Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web MPPG di alamat www.mppg.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

b. Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

c. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, salinan sah Kad pengenalan, salinan sah Sijil Kelahiran, salinan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport dan lain-lain dokumen sokongan yang diakui sah dan di alamatkan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG
JOHOR.

d. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2009

e. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

f. Pemohon yang tidak mempunyai syarat - syarat diatas, tidak menggunakan borang permohonan jawatan dari Majlis ini, tidak disertakan dokumen yang lengkap, tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan jika kakitangan kerajaan, tidak ditandatangani salinan dokumen yang disahkan, diterima selepas tarikh tutup iklan dan tidak disertakan gambar warna, adalah tidak memenuhi / tidak menepati syarat-syarat kelayakan pada setiap jawatan yang diiklankan yang akan menyebabkan permohonan terbatal. Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

0 comments:

Post a Comment