Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong PBBNJ

Jawatan Kosong Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (PBBNJ)

Permohonan adalah dipelawa daripada kalangan warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor :-

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (Gred Q27)


JADUAL GAJI MATRIKS :
P1T1 RM 1,207.58 – P1T26 RM 3,030.13
LAIN-LAIN IMBUHAN : Mengikut Gred Q 27

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c.(i) Memiliki STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains; atau
(ii) Diploma dalam bidang Sains dari institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Diploma dalam bidang Kejuruteraan dari institut pengajian tinggi tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iv) Diploma Sains Veterinar / Haiwan dari institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d. Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e. Keutamaan adalah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun penyelidikan dalam bidang Biodiversiti, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Ekologi dan Biodiversiti, Biologi marin, Sains Persekitaran dan Pengurusan Hutan.

B. TARAF JAWATAN :
Taraf Jawatan adalah KONTRAK

C. CARA MEMOHON :
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor, Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre,
Tecnovation Park, 81300 Skudai, Johor atau di alamat www.johordt.gov.my atau www.jbiotech.gov.my. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan bersama wang pos sebanyak RM 1.00 atas nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN BIOTEKNOLOGI DAN BIODIVERSITI
NEGERI JOHOR
BLOCK 2, UTM-MTDC INNOVATION CENTRE
TECHNOVATION PARK
81300 SKUDAI, JOHOR

NO. TEL : 07-5208810 atau 07-5207810
NO. Fax : 07-5207811
E-mail : admin@jbiotech.gov.my

Sebelum atau pada : 24 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment