Monday, January 4, 2010

Jawatan Kosong JKM

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan melaksanakan pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Sokongan II.

1.Atendan Kesihatan (Gred U3)
2.Pekerja Awam (Gred R1)
3.Pembantu Am Pejabat (Gred N1)
4.Pemandu (Gred R3)
5.Tukang K2 (Gred R11)


1.Atendan Kesihatan (Gred U3)

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) tamat Tingkatan Tiga sekolah menengah bantuan penuh kerajaan;dan
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

2.Pekerja Awam (Gred R1)

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;dan
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

3.Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

4.Pemandu (Gred R3)

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1 /E2/F/ G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan Menyenggara kenderaan bermotor berkenaan
yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;dan
(d)Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

5.Tukang K2 (Gred R11)

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Tingkatan III sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(d) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;dan
(e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

CARA MEMOHON :
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang JKMM.PSM 1/2009 yang boleh didapati di Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Institusi di tempat pemohon bermastautin atau muat turun di bawah:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

2. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA PENGARAH
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
TINGKAT 21-24, MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI
JALAN RAJA LAUT,50562 KUALA LUMPUR
( u.p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia )

sebelum atau pada 31 Disember 2009. Permohonan yang lewat dan tidak mengikut peraturan tidak akan dilayan.

3 Semua permohonan hendaklah di sertakan dengan SALINAN SIJIL-SIJIL dan KELAYAKAN yang berkaitan.

4 Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32 cm x 22 cm. Di sudut sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

5 Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga jawatan ini.

0 comments:

Post a Comment