Tuesday, January 5, 2010

Jawatan Kosong MDYP

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)

Syarat Lantikan:

i.Warganegara Malaysia;
ii.Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan;dan
iv.Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer atau/dan mengambil trengkas)

Permohonan:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Yong Peng yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng (Bahagian Pentadbiran), KM1, Jalan Labis, 83700 Yong Peng.

Semua permohonan hendaklah diserahkan dengan salinan Sijil yang diakui sah oleh Pegawai berkenaan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Yong Peng,
KM1, Jalan Labis,
83700 Yong Peng,
Johor Darul Takzim.

Tarikh Tutup Permohonan: 24 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment