Friday, January 22, 2010

Jawatan Kosong PPUM

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :

1. PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) (Gred C41)
2. PEGAWAI SAINS (FIZIK) (Gred C41)
3. PEGAWAI TADBIR (Gred N41)
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (Gred U41)
5. PENGAJAR JURU X-RAY (Gred U41)
6. PEMBANTU KESELAMATAN (Gred KP17)
7. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) (Gred N17)
8. PEMANDU KENDERAAN (Gred R3)

1. PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) (Gred C41)

SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujianyang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41: P1T3); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Perubatan, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

KEUTAMAAN KEPADA: Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Fizik, Kimia dan Bio-Perubatan.

(c) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau (iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4);dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (Gred U41)

SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: P1T1) dan;
(d) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) mempunyai kelayakan seperti di para (1) di atas; dan
b) berumur tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

5. PENGAJAR JURU X-RAY (Gred U41)

SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan) dan;
(e) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: P1T1).

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat, Pembantu Perubatan, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juru X-Ray, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Farmasi dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengajar Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) dan (d) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

KEUTAMAAN KEPADA:
Calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang-bidang Medical Imaging, Applied Science (Medical), Radiography, Medical Imaging Technology, Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Sarjana Muda Sains Kesihatan (Sinaran Perubatan), Diagnostic Radiography, Therapeutic, Therapeutic / Radiation Therapy, Medical Radiation (Diagnostic & Radiography), Medical Technology serta mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang berkenaan.

6. PEMBANTU KESELAMATAN (Gred KP17)

SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawal Keselamatan adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :- .
(a) mempunyai kelayakan di atas; atau
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

7. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) (Gred N17)

SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2)
[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; atau
(d) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9); dan
(e) kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) mempunyai kelayakan di atas; atau
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

8. PEMANDU KENDERAAN (Gred R3)

SYARAT KELAYAKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3
a. Lesen D P1T3 RM783.10
b. Lesen E/E1/E2 P1T4 RM823.94
c. Lesen F/H P1T5 RM864.78
d. Lesen G/I P1T6 RM905.62
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Semua Permohonan Adalah Secara Online.

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2010

0 comments:

Post a Comment