Friday, January 22, 2010

Jawatan Kosong PPKDYMM

Jawatan Kosong Pejabat Pengelola KDYMM Sultan Terengganu

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di PEJABAT PENGELOLA KDYMM SULTAN TERENGGANU yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut:-

1. Penolong Akauntan (Gred W27)


* - Iklan Tertutup Hanyalah Untuk Kakitangan Kerajaan Sahaja

Deskripsi Tugas : Melaksanakan, menyelia sistem operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaran buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Taraf Jawatan : TETAP

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1 T5); atau
(ii) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8); DAN
(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERMOHONAN SECARA ONLINE - KLIK SINI

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Januari 2010

0 comments:

Post a Comment