Tuesday, January 26, 2010

Jawatan Kosong KADA

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotovasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1. JURUTEKNIK (AWAM) (GRED J17)
2. MERINYU TALIAIR (GRED J17)
3. PEMANDU KENDERAAN (GRED R3)
4. PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)


1. JURUTEKNIK (AWAM) (GRED J17)

SYARAT LANTIKAN
(a) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9);dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. MERINYU TALIAIR (GRED J17)

SYARAT LANTIKAN
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
(ii)Sijil Institut Pertanian atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T8); atau
(iii)Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9);dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMANDU KENDERAAN (GRED R3)

SYARAT LANTIKAN
(a) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)Memiliki lessen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P) ];
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3
* Lesen D P1T3
* Lesen E/E1/E2 P1T4
* Lesen F/H P1T5
* Lesen G/I P1T6
dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R03 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 3.1 (ii) dan (iii) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


4. PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)

SYARAT LANTIKAN
(a) (i) Berpelajaran di peringakt sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii)Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2).

TARAF JAWATAN:
Semua jawatan di atas adalah bertaraf tetap.

PERMOHONAN DARI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Anggota-anggota yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
a)Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

MUAT TURUN SURAT PERMOHONAN JAWATAN

b)Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 7 Februari 2010(Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
c)Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)

d)Permohonan yang berikut akan ditolak:-
i)Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii)Tidak lengkap dan tidak jelas
iii)Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iv)Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat
v)Tidak ditandatangani.

PANGGILAN TEMUDUGA
a)Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment