Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputra Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan KONTRAK seperti berikut di Universiti Teknologi MARA.

1. Pegawai Tadbir (Pegawai Perhubungan Industri) (Gred N48)

GELARAN : Pegawai Pembimbing Kerjaya

Syarat Lantikan:
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(ii)ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(iii)ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(iv)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d)calon-calon yang mempunyai kriteria berikut akan diberi keutamaan:
(i)mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja terutamanya dalam bidang berkaitan hubungan industri; DAN
(ii)mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

Fungsi dan bidang tugas:
(a)Membimbing dan membantu pelajar dalam mengenalpasti kerjaya, terutamanya di sektor industri yang bersesuaian dalam bidang pengajian/ kelayakan akademik apabila bergraduat;
(b)Mewujudkan dan menjalinkan hubungan dengan majikan di sektor industri ke arah mewujudkan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar apabila bergraduat;
(c)Mewujudkan dan menjalinkan hubungan serta kerjasama antara pihak Universiti dengan industri;
(d)Mengadakan aktiviti-aktiviti bagi mempromosikan bidang kepakaran, penyelidikan dan penerbitan Universiti;
(e)Mewujudkan pangkalan data dan menggalakkan jaringan hubungan antara Universiti dengan industri;
(f)Mengenalpasti keperluan-keperluan Universiti yang berkaitan menerusi kajiselidik dan seumpamanya;
(g)Mengenalpasti peluang-peluang perkembangan akademik menerusi latihan industri pelajar dan penyertaan kursus tenaga akademik; DAN
(h)Mengenalpasti peluang-peluang bagi tujuan pengkomersilan hasil penyelidikan Universiti.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a.Permohonan adalah dibuka kepada mereka yang berkhidmat di sektor industri/swasta sahaja.
b.Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
c.Calon yang tidak menyertakan dokumen yang lengkap akan ditolak.
d.Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
e.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pengurusan Perjawatan, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam. Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 21 Disember 2009

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENDAFTAR
(BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERJAWATAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3089/3090/3092/ (03) 55211613

EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

0 comments:

Post a Comment