Monday, January 4, 2010

Jawatan Kosong KEMAS

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TASKA) KEMAS BAGI TAHUN 2009 BAGI LEPASAN DIPLOMA

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA) KEMAS tahun 2009 bagi lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau lain-lain bidang yang diiktiraf oleh kerajaan.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN:
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang di ikhtiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.; dan
(b) dengan mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS:
2.1 Tarikh mula : akan ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat kursus (KEMAS)
2.2 Tempat : Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Enam (6) bulan

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
3.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
3.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang
dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
3.3 Borang boleh didapati di :
(a) Laman web www.kemas.gov.my
(b) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri atau Daerah/Parlimen.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
4.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap disi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diikhtiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil
persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil
Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan
4.2 Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.
4.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan
4.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 Disember 2009 (Selasa)

0 comments:

Post a Comment