Friday, January 22, 2010

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputra Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.PEMBANTU TADBIR(KESETIAUSAHAAN) (Gred N17)

P1T1 RM820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM 2397.95

SYARAT LANTIKAN
a)(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota ringkas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota ringkas itu sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2).
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); ATAU
(ii)Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9);DAN
b)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbangkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a)i)mempunyai kelayakan di perenggan (a) (i) di atas; ATAU
ii)lulus Peperiksaan Khas.
b)Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. UMUR
a)Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
b)Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a)Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b)Setiap permohonan MESTILAH disertai gambar ukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
c)Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil untuk temuduga.
d)Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA-CARA MEMOHON:
a)Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Pulau Pinang di http://www.penang.uitm.edu.my/ atau boleh didapati di Pos Pengawal Pintu Masuk Utama, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

b)Tarikh tutup permohonan ialah pada 01 Februari 2010 (Isnin).
c)Sila kemukakan permohonan kepada:-

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 9, KOMPLEKS PERDANA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

NO. TEL: (04) 3822700/2859/2857

0 comments:

Post a Comment