Wednesday, January 6, 2010

Jawatan Kosong UTHM

Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

1. JAWATAN

1. PROFESOR (Gred KHAS C/ VK7)
2. PROFESOR MADYA (Gred DS53)
3. PENSYARAH UNIVERSITI (Gred DS41 / DS45)
4. GURU BAHASA (Gred DG41)
5. TUTOR (Gred DA41)
6. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR) (Gred J41, J43, J47, J51)


1. PROFESOR (Gred KHAS C/ VK7)

Pensyarah Universiti Gred DS51/52 atau Gred DS53/DS54 layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C apabila telah :-
(a) disahkan dalam perkhidmatan
(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
(c) mempunyai kelayakan akademik tahap Ph.D
(d) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; DAN
(e) diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

2. PROFESOR MADYA (Gred DS53)

(a)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(b) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
(c) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; DAN
(d)kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PENSYARAH UNIVERSITI (Gred DS41 / DS45)

(a) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(b)kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS51 :

(a)mempunyai kelayakan jawatan gred DS45 di atas;
(b)membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan lain-lain syarat yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ; DAN
(c)mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang berkenaan yang berkaitan;

4. GURU BAHASA (Gred DG41)

(a) Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 3.0 dan ke atas) DAN
(b) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. TUTOR (Gred DA41)

(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (CGPA 3.0 dan ke atas) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, ATAU
(b) Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (CGPA 3.0 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda), DAN
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

6. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR) (Gred J41, J43, J47, J51)

(a)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 2.7 dan ke atas) DAN
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan adalah kepada calon-calon mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED J43/J47/J51 :
(a) mempunyai kelayakan jawatan gred J41 di atas;
(b) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan lain-lain syarat yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ; DAN
(c) mempunyai tahap pengalaman yang luas dalam bidang-bidang berkenaan yang berkaitan;


2.PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

3.IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

4.KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)

(a) Pinjaman Kenderaan
(b) Pinjaman Komputer
(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan

5.SYARAT KEWARGENEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan bagi lantikan tetap/sementara.

6.TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

7.SYARAT-SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

8.PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

9.CARA MEMOHON

(a)Permohonan secara ‘online’ melalui laman web http://www.uthm.edu.my kecuali bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b)Bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya, borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di http://www.uthm.edu.my

Borang Permohonan Umum

Borang Permohonan Prof. Madya, Prof dan Gred Khas Prof

(c)Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-

Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Akademik)

No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537108/ 07-4537112

(d)Permohonan menggunakan borang permohonan seperti berikut AKAN DITOLAK:-

(i)tidak lengkap atau tidak terang;
(ii)tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii)tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iii) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(iv) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.

10.TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jawatan Akademik - Terbuka

11.KETERANGAN AM

(a) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

0 comments:

Post a Comment