Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong MDKS

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Permohonan adalah dipelawa daripada anak Kelahiran Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

1.Penolong Pegawai Tadbir (Gred N27)
2.Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Gred S27)


1.Penolong Pegawai Tadbir (Gred N27)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : P1T1 RM1204.55 – P3T26 RM3405.26

Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 :P1T5);dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan :
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pangkat Secara Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Lantikan Tadbir (Kesetiausahaan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas, atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

----------------------------------------------------------

2.Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Gred S27)

Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : P1T1 RM1204.55 – P3T26 RM3405.26
Kekosongan : 1

Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :P1T5); dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan).

Syarat Kenaikan :
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pangkat Secara Pembantu Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas, atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKS yang boleh didapati dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Selangor dengan cara datang sendiri ke pejabat ini atau dengan melayari laman web http://www.mdks.gov.my

(b) Borang-borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan
terang.
(c) Borang-borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, salinan lesen memandu dan Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akedemik (termasuk Ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang di pohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
(d) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ‘A’ 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan laporan Prestasi.
(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Disember 2009

(f) BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DI TOLAK.
(g) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi
untuk sesi temuduga.
(h) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment