Friday, January 1, 2010

Jawatan Kosong FAMA

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

1.Jurutera Awam (Gred J41)

Status Jawatan: Kontrak (Contract For Service) 2 Tahun (1+1)
Tempat Bertugas: Pejabat FAMA Negeri Sarawak

Kelayakan:
-Warganegara Malaysia
-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi -institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
-Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
-Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang penyeliaan tapak

Bidang Tugas:
-Menyelia pelaksanaan kerja-kerja pembinaan projek fizikal yang dijalankan oleh kontraktor
-Menjadi penghubung antara pihak FAMA dan pihak perunding
-Memberi laporan berkaitan perjalanan projek kepada Cawangan Kejuruteraan di Ibu Pejabat.

Gaji : antara RM4,000 - RM5,000 (termasuk elaun)

Catatan keterangan am:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di laman web FAMA @ klik di Borang Jawatan Kosong
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. Borang yang lengkap beserta gambar pasport terbaru, salinan Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil Akademik yang telah diakui sah hendaklah dihantar kepada :-

Ketua Pengarah FAMA,
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang, 68100,
Selangor
(u/p: Cawangan Perjawatan)

Tarikh tutup permohonan : 21 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment