Tuesday, January 5, 2010

Jawatan Kosong SPP

Jawatan Kosong SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA (SPP)

Permohonan Sepanjang Masa Jawatan Kumpulan Sokongan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bagi Warganegara Malaysia Yang Berkelayakan

1.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (GRED N17)
2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)
3.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)
4.PENYELIA ASRAMA (GRED N17)
5.PEMBANTU PENGURUSAN MURID (GRED N17)
6.PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)
7.PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURU TAIP) (GRED N11)
8.TUKANG K2 (GRED R11)
9.TUKANG K3 (GRED R9)


1.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (GRED N17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9);dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N17 : P1T6); atau
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N17 : P1T8); atau
(iv) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N17 : P1T9);dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan computer/atau mengambil trengkas)
(c) KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah, Operator Wayarles dan Pengawet adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 2.3(a) dan 2.3(b); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

4.PENYELIA ASRAMA (GRED N17)

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat atau perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T6).dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan kecuali calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2.4 (a) (ii) di atas.

5.PEMBANTU PENGURUSAN MURID (GRED N17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6.PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengan setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7.PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURU TAIP) (GRED N11)

(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) mempunyai kelayakan di perenggan 2.7 (a) (i) di atas dan lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 5 di bawah; atau
(iii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : P1T2); atau
(iv) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 5 di bawah. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : P1T2).
(b) KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan, Atendan Haiwan, Bentara Parlimen, Pengawas Pemulihan, Penghantar Notis, Penyelamat dan Penyelia Jeti adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 2.7 (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; atau (iii) lulus Peperiksaan Khas dan lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 5 di bawah.

8.TUKANG K2 (GRED R11)

(a) (i) tamat Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;
dan (c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

9.TUKANG K3 (GRED R9)

(a) (i) tamat Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9 : P1T2) ;dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

UMUR:
-Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
-Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN:
Taraf jawatan adalah tetap.

UJIAN MENAIP BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURU TAIP) (GRED N11):
-Calon dikehendaki mengambil satu ujian menaip dan lulus dengan mencapai kederasan pa-ling rendah 35 p.s.m. daripada naskhah bertulis yang jelas dan 30 p.s.m. daripada naskhah bercetak atau bertaip. Kesilapan mestilah tidak lebih daripada 4%;

-Calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan mendapat kelulusan taip menaip dalam kedua-dua fasa iaitu;
(i) Sijil Kecekapan; dan
(ii) Sijil ujian laju pada peringkat pertengahan atau peringkat tinggi boleh dikecualikan daripada ujian menaip yang disyaratkan di perenggan 5.1; dan

-Calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan kelulusan Peringkat Pertengahan dalam ujian kelajuan dan kecekapan adalah layak dilantik atas Gred N11 : P1T4 dan Peringkat Tinggi atas Gred N11 : P1T6

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Calon yang memasuki perkhidmatan seperti perenggan 2.1 hingga 2.9 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Skim Perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE di Portal SPP http://www.spp.gov.my. Semua pegawai awam yang berminat juga hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan kaedah yang sama. Calon boleh memohon lebih dari satu jawatan namun panggilan temu duga akan ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keutamaan.

CALON YANG MEMILIKI KELAYAKAN SPM TERBUKA:
Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sistem Terbuka hendaklah mempunyai kelayakan minima seperti berikut:
(a) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam 2 peperiksaan yang dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

*Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan di atas TIDAK akan dipertimbangkan.

ASAS TAPISAN:
Suruhanjaya berhak menetapkan asas tapisan untuk menentukan jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temuduga.

PERINGATAN:
Semua maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan adalah dianggap BENAR. Jika terdapat sebarang penipuan berkaitan maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenaraihitamkan.

PEMBERITAHUAN MENGENAI CALON TIDAK BERJAYA Calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak berjaya akan dimaklumkan mengenainya manakala calon yang memohon tetapi tidak dipanggil temu duga bermakna permohonan tersebut masih belum melepasi asas tapisan yang ditetapkan.

TARIKH LUPUT PERMOHONAN Semua permohonan akan luput pada 31 Disember 2009 atau pada satu tarikh awal yang akan dimaklumkan di Portal SPP.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke pejabat SPP di talian 0388717300 atau emel di alamat aks@spp.gov.my.

0 comments:

Post a Comment