Tuesday, January 5, 2010

Jawatan Kosong PKENPs

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

Jawatan : Penolong Akauntan (Gred W27)

Agensi : Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Kumpulan : Kumpulan Sokongan

Gaji : Penolong Akauntan gred W27

P1T1 - RM 1209.90 - P1T26 - RM 3031.64
P2T1 - RM 1278.67 - P2T26 - RM 3217.79
P3T1 - RM 1351.27 - P3T26 - RM 3409.80

Taraf Kerakyatan : Terdiri daripada Warganegara Malaysia.

Umur : Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan dan Pengamalan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki pengalaman kelayakan seperti berikut:-

-Diploma Pengajian Perakaunan dengan CGPA 3.0 ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan .(gaji permulaan ialah pada gred W27P1T5)
-Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak di pertimbangkan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
a)Mempunyai kelayakan di perenggan 7(i)di atas; atau
b) Lulus Peperiksaan Khas dan
c) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Taraf Jawatan : Tetap

Tempoh percubaan : Calon-calon yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Peperiksaan : Calon-calon dikehendaki menduduki peperiksaan perkhidmatan dalam tempoh percubaan.

Borang permohonan boleh didapati melalui laman web rasmi kerajaan negeri Perlis iaitu: http://www.perlis.gov.my. Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
173-191, Taman Kemajuan
Jalan Raja Syed Alwi
01000, Kangar, Perlis

Tarih Tutup Permohonan : 30 Disember 2009

Bagi Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun yang sedang berkhidmat, pemohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing.

0 comments:

Post a Comment